<body><iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=7498637&amp;blogName=cempakabiru&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fcempakabiru.blogspot.com%2F&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fcempakabiru.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>

Wednesday, March 26, 2008

untuk sementara saje :)

maaf la ek kot-kot ada yang bertandang ke sini, tp entry nya citer lama yg dah basi pun.
tiada entry yang baru yang akan di tempekkan kat sini sehingga pertengahan atau mungkin hujung bulan April. tuan rumah sedang berperang dengan projek studio & lain-lain assingment yang sangat menekan jiwa tahap dewataraya!

mohon doa dari kawan-kawan, utk aku teruskan perjuangan ini.
adios

Labels: ,

Wednesday, March 12, 2008

bila berkuasa

tindakan pertama dia bila sah jadi CM, hapuskan DEB. sedar atau tidak MELAYU Pulau Pinang sedang dicabar! ya, DEB satu dasar Kerajaan BN yg dilancarkan semasa tampuk pemerintahan negara diterajui oleh Allahyarham Tun Abd Razak, walaupun dilihat tidak berjaya sepenuhnya seperti yang direncanakan tapi sekurang-kurangnya, nasib melayu tidak tertindas seluruhnya. aku tidak bercakap soal korup dlm perniagaan. tp dr segi pendidikan, pemilikan, keistimewaan melayu dll. itu shj yg melayu ada di penang ni kerana kebanyakkan tanah bukan lagi kepunyaan melayu. itu baru satu. aku bukan mahu prejudis membuta tuli. tp wasangka pada mereka ni perlu ada kerana umum mengetahui hala tuju perjuangan mereka dan 'lubuk emas Utara' ini adalah negeri yg paling di idam-idamkan sejak sekian lama.
manifesto utamanya-turunkan harga petrol telah diputar belit-konon tak boleh dilaksanakan kerana tak dapat nak tawan Malaysia. kalo dapat baru boleh..rasanya aku tak pekak dan buta lagi. masa berkempen itu yg dijanjikan tanpa menyebut-KALAU DAPAT TAWAN MALAYSIA- hanya menyatakan dengan yakin-HARGA PETROL AKAN KITA TURUNKAN! dan rakyat pun terpesona dgn janji itu sementelah pemerintahan sedia ada gagal mengawal kenaikan harga serta gagal menunaikan janji juga mendengar rintihan suara rakyat marhaen yang rasa tidak dipedulikan..
kenapa pulak manifesto2 yang dilaungkan tak boleh dibuat, 1 negeri dah dpt diperintah (walaupun BN menjadi kerajaan) pentadbiran negeri terletak sepenuhnya di tangan DAP. kena buat la apa yg dijanji!

takpa...ada 4-5 tahun lagi.banyak lagi yg boleh dia buat.dan tentunya kesamarataan hak yang menjadi agenda utama. saat itu jika MELAYU ISLAM Penang terasa terpinggir, menangis air mata darah sekali pun tak akan mengubah apa2. berdoalah dari sekarang dan selamanya agar kita sentiasa dilindungi dan tidak tertindas dengan Dasar-dasar baru ciptaan mereka dan kuasa pemerintahan dapat dikembalikan.

nota tapak kaki:
kerana seekor nyamuk muda, kelambu habis dibakar.-NYAMUK MUDA NI YG WAJAR DITERAJANG TERLEBIH DAHULU!
bila si sepet & si gelap bersatu, yang rugi = si MELAYU,
bukan takut bukan malu
cuma risau anak cucu sekali lagi kena makan ubi kayu

Labels: ,

Monday, March 10, 2008

-warisan -buat agama dan anak bangsa ku

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah dinusantara
kurang 24 jam saja lagi, akan termaktub dalam sejarah, secara sahnya pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang akan beralih kpd DAP-parti yang memperjuangkan ideologi politik yang sangat bertentangan dengan UMNO, PAS-rujukla matlamat penubuhan parti mereka.
aku sebagai anak jati pulau pinang secara jujurnya amat-amat kecewa, sedih, marah dan terkilan dengan apa yang berlaku. bukan bermaksud aku secara membabi buta menyokong apa jua yang dilakukan oleh BN dan aku cukup2 setuju jika terdapat check & balance dlm pemerintahan tapi kenapa sampai MENGGADAI negeri? ada yang kata kat aku, apa bezanya antara Gerakan & DAP? dua-dua tu ttp bukan Melayu. ya, tp sekurang-kurangnya dulu pembahagian kerusi yang hampir seimbang dgn UMNO serta parti pembangkang menjadikan hak-hak Melayu masih mampu dipertahankan. jujurnya, aku kurang yakin segala manifesto BA amnya dan DAP khususnya dpt dilaksanakan. korang boleh pikir apa yang aku cuba sampaikan..isu nak turunkan harga pertrol, tol kat jambatan pulau pinang kan dihapuskan, harga barang yg nak diturunkan semua tu pd pandangan mata aku yang kurang arif ini, hampir mustahil utk ditunaikan..mcm2 yang depa janjikan. aku nak tengokla bleh ka dibuat..silap-silap janji makan TUAN.
kawan-kawan aku yg join PKR senyap sunyi lani.aku pun heran gak coz dah menang ni kan, mesti heboh punya dok meraikan kemenangan sambil memperli aku cam selalu (wpun dulu BN yang menang) msg aku pun x reply..dok pikiaq kot, tempat Tim CM tu samada DAP nak bg ke tak kat depa.ada pengundi BARU yg br hari tau, bila BA menang kat Penang, DAP yg akan jd CM...aku rasa selama ni depa ingat Wan Azizah kot nak naik jd CM...takpa lah, nak sangat perubahan..terima jelah apa nasib selepas ni..susah ka senang ka dok bwh pemerintahan depa.bukan x boleh ada perubahan sbb ianya mungkin membawa kepada kebaikan, tapi perlu difikirkan sewarasnya, TAPAK yang di atas tu sapa yang akan berkuasa ? aku bukan mahu membangkitkan isu sensitif ttg perkauman, tp ini hakikat kerana melayu di pulau pinang hanya berada ditempat kedua dalam majoriti kaum.
PRU kali ini perlu diperhalusi, dikaji oleh pemimpin dlm barisan kepimpinan BN. rakyat tidak buta utk menilai segala apa yang dilakukan oleh pemimpin. rintihan,teguran dan nasihat samada dari pembangkang, penyokong dan RAKYAT terutamanya perlu diambil berat.jgn hanya mahu mendengar yg indah2 shj. anggaplah ini satu peringatan pd mereka2 yang masih tidur dan berasa 'selesa' dgn apa yg telah dilakukan.
sebagai ahli UMNO, aku juga harus akui ada kepincangan dlm parti itu sendiri. kita harus baiki dr dalam dan aku rasa kita perlu amik contoh pemimpin singapura yang menjadikan mantan PM mereka sebagai penasihat dalam mentadbir negara. TUN merupakan satu-satunya mantan PM yang masih hidup, apa salahnya jika kita rujuk pendapat dan minta nasihat beliau kerana pemerintahan yg ada masih dikira baru walaupun telah lama ada dlm kabinet. berubahlah demi kebaikan agama dan bangsa. negara ini tanah air kita dan satu inilah sahaja! jgn sampai kita merempat di tanah sendiri.
nota tapak kaki:
lagu warisan ini melambangkan apa yang sedang dihadapi oleh MELAYU Pulau Pinang hari ini. dan sekarang kuasa pun dah hilang :(...tapi jgn sekali-kali mengalah..ini kuasa 'dunia' shj kerana apa yg berlaku atas kehendakNYA. dan jangan sekali-kali kita lupa pada kekuasaan DIA.

Labels: , ,

Friday, March 07, 2008

aku yang tak cukup tidoqqqq...dan election yg bakal tiba

aku tak sabaq-sabaq nak tunggu esok..supaya aku boleh siapkan report laporan teknikal aku dgn aman dan otak aku tidak perlu bercampur aduk dgn 'demam pilihanraya' (yg pada aku hanya suam-suam kuku) selain agak berdebar2 (sket jaa) utk menunggu tempoh yg tidak sampai 24 jam lagi utk membuang undi...marilah, mari..kita mengundi, tunaikan kewajipan pada negara...~ nyanyi-nyanyi~

election kali ni aku bertugas sebagai ketua unit siber Peti Undi DUN SG BAKAP. oleh itu, sapa-sapa yg tak tau dia nak mengundi tang mana, saluran apa, mai oo ramai-ramai jumpa aku dan kawan-kawan. agak teruja dan juga risau..bukan apa, nilah 1st time aku buat keja ni. mana tau tergabra..keja aku ni akan link dgn agent counting & polling (keje si Acai tu ler) tu yg cam gabra sket..takut tersilap tang mana-mana ka..mana tau kan? so kepada korang sume, fikirlah sebaik mungkin sapa yg nak dipilih. secara jujurnya, aku jangkakan BN tetap akan menang, cuma mungkin tidak segemilang 2004. ada bagusnya, coz dalam setiap negara perlu ada check & balance dari segi pemerintahan..barulah kerajaan yang terbentuk nnt, tidak leka terhadap tanggungjawab yang diamanahkan dan berasa depa ni berada dlm 'zon selesa', dimana tak dak sapa nak persoalkan tindakan depa. apapun, jgn lupa mengundi! jgn asik bising yg tu salah, yg ni zalim, tak betul, korup tapi bila suh mengundi- jawapannya: saya lupa la nak daftar. APA BARANGGGG?! dah diberi hak, tak gunakan plak..pastu bising suara-suara yg marhaen ni tak di ambil kisah, nasib tak dipedulikan...masa ni la nak membuktikannya pun.

tapi yang lebih aku risau ialah report teknikal aku ni...aduiii takot btoila..takot tak dan siap jer.MATI ooi! ahad depan nk hantaq, satu bab pun x siap lagi nih. aku dengan tak cukup tidoqnya, coz dok kena standby kat bilik gerakan dan jd drebar mak aku ni..(utk pengetahuan hgpa, mak aku jatuh 2 minggu lps, dah sendi pergelangan tangan telah sedikit terpesong dr kedudukan asal)

utk menjawap soklan izwan, adik akak skang kat KMB.mlm ni balik mai sini dan maybe ari isnin kena gi KL balik utk attend interview. interview bg student yg nk fly ke oversea. kalo lulus,baru leh gi sana. dia, insyaAllah akanbuat medic. aritu cikgu dia bgtau, maybe depa hantaq dia ke Ireland..tu jangkaan awal laa...blom comfirm lagik..bab yg hang tag akak tu, nnt akak jwb ek..

to lily salwa (sapa dia ni ekk) tq sbb prihatin kat blog sepi saya ni..:) ni dah updet dah ni :p

lepas election ni, aku nak tidoq puas2 1 hari utk jana balik ke 'cargasan' badan

Labels: , ,

Thursday, February 14, 2008

ceghita cuti CNY

akhirnya, semua tanda tanya-bila Pak Lah nak umumkan pembubaran Parlimen dah terjawab. tunggu siang esok plak, bila tarikh penamaan calon & hari mengundi.

ekceli, aku nak post entry dr CNY lps, tp asik x jadik jer..so citer-citer ni ala2 dah basi laa...coz dah masuk paper pon..;p
cuti CNY aku dipenuhi dengan kenduri kawen (lagik) kawan-kawan..+ kenduri kawen anak TKM Penang. kenduri yang dibuat siang dan malam. siangnya kat Dewan Serbaguna Sg Bakap dan sebelah malam kat Jawi Golf Resort. pengantinnya -Reena & Rizal aku rasa the very simple pengantin yang aku penah jumpa. siang tu depa punya tema Biru..Reena pakai baju kurung dari songket dan Rizal pakai baju melayu Johor. so simple but nice...tapikan, aku rasa jemputan lebih tertarik utk tengok pengapit pengantin lelaki dari pasangan pengantin..serius tau! aku sendiri pon mulanya dok usha pengapit sbb...wajahnya sangat2 familiar. korang mesti nak tau sapa kan? alah pelakon Esma Danial tu..katanya kawan pada pengantin ni ha....so moral of da story-jgn amik pengapit yang famous or celebrity kerana ia akan menenggelamkan keglamouran anda sebagai Raja Sehari walaupun anda anak VVIP..hahahaaha! jahat dak aku?
majlis malamnya lebih formal la...tp alhamdulillah, takde meleret-leret aturcaranya..majlis merenjis pun cepat je selesai..

ahadnya kenduri Edi (kawan skolah) & wifenya Siti. tema still Biru! :)

so aku nak wat ucapan Selamat Pengantin Baru buat Kak Cik @ Fadzillah & suami, Edi & Siti dan Reena & Rizal dengan ucapan smoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Labels: ,

Wednesday, February 06, 2008

citer 2 hari

pagi semalam (5 feb 08) lebih kurang kul 7.30 pg
tit,tit (bunyik msg) aku br pas mandi-sapa lak msg pg2 nih?
'Aku tak puas hati betullah iklan kat radio tu. Dia kata hang, 'hana tu kan mangkuk ja'. Hang patut saman 100juta. hahaha.' (gelak 3 harakat ajid)
tu msg ajid kat aku. secara otomatik aku pon tergelak..amboii..kayala cek , kalo bleh saman org sampai 100 juta.
mesti hangpa semua dok dengaq kat radio kan iklan tu..mangkuk free kalo beli sabun basuh TOP.sangat hampes...hangin gak la mulanya (hangin lite-lite sajork) tapi kalo hangpa nak tau, 'hana' dlm bahasa Jepun bermaksud 'bunga' -uncle EP yg bagitau ni
so, aku feeling-feeling kunun aku secantik dan seharum bunga.muahahahah! sapa yg kenai aku sure nak muntah dengan statement nih. ala, sekali sekala ja aku perasan, layan jelah....

citer arini..cik kotakhujan aka masy suh apdet..
aku tak tau nak citer apa coz idup aku mmg asik bz ngan study n keje.
owh..lupa plak, arini aku dtg ke opis ala-ala zombie bermata panda-akibat tak tidoq malam tadi.
actually, aku dok siapkan assgment, sekali dah kul 2, godek-godek laptop dah melalut sampai kul 3 pg. memandangkan aku ni payah bangun kalo tidoq lewat ni, so aku telah mengambil keputusan (cheewahh..) utk x tidoq trus sampai subuh. hasilnya, bawak keta dtg keja dengan laloknya (masy, tingat aku kat lalok aka abg nazri ) pastu sempat lak tidoq kejap sementara nk turun bekpes. ha...pastu aku ni plak dah terlupa yg aku janji yg member2 tingkat 8 -nak bekpes sama-sama pagi ni..depa ni pun dengan gigihnya call la aku coz dah kul 9.20pg, aku tak turun-turun ke lobi..
dalam suku sedaq-selebihnya aku dah memang hanyut (tidoq) aku cam terdengaq kat ujung2 telinga bunyi tepon opis. dengan mamun-mamun (mamai laa org KL kata) aku angkat la ganggang..(tapi aku rasa mcm kecit plak dan dok terdengaq lagi bunyi ringing) terus la aku pon letak kat telinga-'Hello, perancang bandar'. tapi senyap x dengaq bunyik apa.. aku pun bukak la luas-luas mata aku yg tadi separa tutup...hangpa tau apa aku pegang? MOUSE ! mouse PC tu...hampeh! seb baik sapa pon tak nampak, kalo dak...mampuih kena kutuk. budak-budak opis ni kan bleh kira..pastu baru la jumpa ganggang tepon yang betoi. ..
tu jelah..pengajarannya, buatla keja awai-awai supaya tidak perlu mengzombieka diri kat opis

nota tapak kaki:
laptop aku kiok, tu pasal aku x sempat nak siapkan awai assgment tu. tapi mujuq dah ok setelah duit aku terbang 80 hengget

Gong Xi Fa Cai buat semua warga Buddha

Labels: , , ,

Tuesday, January 29, 2008

citer weekend aku

weekend? ada apa dgn weekend? weekend aku adalah hari untuk membasuh baju yang tak pernah surut..(heran aku) heran kunun...ari2 salin baju, mana nk surut..? minggu lps ada lah minggu 'kelas'. so ari jumaat tu aku kuar awaila, settle bayaq kad kredit, itu, ini..sampai je ghumah, si John tepon bgtau salah 1 report aku tu prob. dah kena pi umah makteh aku plak, guna internet umah dia. sampai ipoh kul 6, direct pi kelas. kelas ngan mr.Ridzuan sampai kul 9 mlm..tpnya melarat ngan discussion psl studio (esok nk present) sampai kul 11 mlm.balik umah mama, mandi, tido.letih nk mampos!

sabtu- jujurnya, aku terbabas subuh coz x sedaq langsung alarm hp aku tu. bangun, mandi, sarap mihun yg mama goreng.pi kelas pn Nora sampai kul 12.30.stop kejap. aku x blk lunch pon coz nak abihkan layout yg nk present tu. ptg P.M Hj Halmi mai. present sorang demi seorang..cewahhh! dia komen sket2 pastu buat keje masing2. aku lepak Lab pas kelas. kul 8 baru balik. ingat nk tidoq lps mandi n makan. tp ada plak sedara mak angkat aku ni nak dtg mengurut..nk guna bilik yg aku guna tula..emm..terpaksa la lepak kat hall, tgk TV. lps depa blk kul 11 lebih baru aku tidoq.

ahad- kelas BEL ngan Hj Noruddin. dia belikan kami nasik lemak yg sedap tp pedas nak mampos! sampai kul 12.30pm. ptgnya, kelas ngan ustaz Nasir.sampai kul 5. sambung discuss studi sampai kul 8 mlm. hujan selebatnya kt Ipoh. aku mula nk balik tpnya hujan lebat sgt...so blk umah mama dulu. makan then tengok AJL 22.lps AJL br aku balik.tp dah kul 11 lebih.sampai umah kul 1 pagi. drive sorang2 ni mmg mengantuklaa kan..bila nak ada orang teman nih? hihi...(sila abaikan ye)
penah seh! sangat pack idop ku skang...

nota tapak kaki: akar pelajaran sememangnya pahit, kerana buahnya sungguh manis

Labels: , ,